- Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua kehidupan termasuklah manusia tidak boleh hidup. Oleh itu, anugerah Allah ini banyak kegunaannya kepada manusia.
- Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada manusia. Kita harus minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kesannya, badan kita yang letih akan menjadi cergas semula.
- Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita.Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali sehari.Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.
- Seterusnya, kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita membersihkan makanan. Umpamanya, kita menggunakan air untuk membersihkan sayur-sayuran dan buah-buhan yang dibeli di pasar.Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang berkuman.
- Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram tanaman di halaman rumah. Misalnya, kita menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada waktu petang. Pokok-pokok bunga yang hidup subur akan mengindahkan halaman rumah kita.
- Begitulah kegunaan air kepada manusia. Namun begitu, janganlah kita suka membazir semasa menggunakan air.
Friday, 19 February 2016
KEGUNAAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baiklah..harp2 blog ini dapat menambah lagi info2 tentang air
ReplyDeletebaiklah..harp2 blog ini dapat menambah lagi info2 tentang air
ReplyDelete