Pernahkan anda berfikir dan membayangkan jika manusia, haiwan
dan tanaman tidak dapat mendapatkan air. Sedangkan air merupakan komponen utama
bagi kehidupan diantara ketiganya. Manusia tidak dapat bertahan hidup jika
tidak minum air dalam waktu tiga sampai empat hari begitu juga dengan haiwan
tidak dapat bertahan hidup jika tidak minum air, bahkan tumbuhan juga mengalami
hal yang sama seandainya tidak menemukan sumber air. Kalau kita lihat dari
komposisi zat yang ada pada manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendominasi tubuh
manusia dan haiwan serta semua bahagian dari tumbuhan adalah zat cair. Air
berfungsi untuk aktiviti organ-organ tubuh dalam sistem metabolisme.
No comments:
Post a Comment