Friday 19 February 2016

KEGUNAAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

  • Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua kehidupan  termasuklah manusia  tidak boleh hidup.  Oleh itu, anugerah Allah ini  banyak kegunaannya kepada manusia.
  • Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada manusia. Kita harus minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kesannya, badan kita yang letih akan menjadi cergas semula.
  • Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita.Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali sehari.Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.
  • Seterusnya,  kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita membersihkan makanan.  Umpamanya, kita menggunakan air untuk membersihkan sayur-sayuran dan buah-buhan yang dibeli di pasar.Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang berkuman.
  • Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram tanaman di halaman rumah.  Misalnya, kita menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada waktu petang.  Pokok-pokok bunga yang hidup subur akan mengindahkan halaman rumah kita.
  • Begitulah kegunaan air kepada manusia. Namun begitu, janganlah kita suka membazir semasa menggunakan air.

FAEDAH AIR UNTUK MANUSIA DAN HAIWAN

Pernahkan anda berfikir dan membayangkan jika manusia, haiwan dan tanaman tidak dapat mendapatkan air. Sedangkan air merupakan komponen utama bagi kehidupan diantara ketiganya. Manusia tidak dapat bertahan hidup jika tidak minum air dalam waktu tiga sampai empat hari begitu juga dengan haiwan tidak dapat bertahan hidup jika tidak minum air, bahkan tumbuhan juga mengalami hal yang sama seandainya tidak menemukan sumber air. Kalau kita lihat dari komposisi zat yang ada pada manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendominasi tubuh manusia dan haiwan serta semua bahagian dari tumbuhan adalah zat cair. Air berfungsi untuk aktiviti organ-organ tubuh dalam sistem metabolisme. 

PENGERTIAN DAN DEFINISI AIR

Air merupakan sumber kehidupan, tidak hanya bagi manusia, makhluk hidup yang lain juga sangat membutuhkan air. kekurangan air pada tubuh manusi bisa mneyebabkan dehidrasi karena ketahanan tubuh manusia sangat bergantung pada berbagai fungsi air sedangkan tubuh manusia belum mengembangkan suatu sistem penyimpanan air sebagai sistem penyimpanan lemak.

Berikut ini adalah pengertian dan definisi air:

 # SITANALA ARSYAD 
Air adalah senyawa gabungan antara dua atom hidrogen dan satu atom oksigen menjadi H2O

 # HEFNI EFFENDI
Air adalah salah satu sumber energi gerak

 # ROBERT J. KODOATIE
Air merupakan material yang membuat kehidupan terjadi di bumi

# ROESTAM SJARIEF
Air merupakan zat yang paling esensial dibutuhkan oleh makhluk hidup

# ILMU KIMIA
Air ialah H2O dan jawaban itu dibenarkan secara empiris berdasarkan observasi

# SAYYID QUTHB
Air adalah dasar dari suatu kehidupan dan merupakan satu unsur yang dibutuhkan dalam kehidupan hingga manusia pun sangat menantikan kedatangannya

# EKO BUDI KUNCORO
Air merupakan suatu senyawa kimia sederhana yang terdiri atas 2 atom hidrogen (H) dan 1 atom Oksigen (O). Air mempunyai ikatan Hidrogen yang cenderung bersatu padu untuk menentang kekuatan dari luar yang akan memecahkan ikatan-ikatan ini.

# BAMBANG AGUS MURTIDJO



Air merupakan substansi yang mempunyai keistimewaan sebagai penghantar panas yang sangat baik, sehingga air di dalam tubuh lebih penting dari makanan